Monday, November 23, 2009

RAJIN-RAJINLAH BERSEDEKAH



Besar kelebihan orang yang suka bersedekah. Bukan saja mendapat ganjaran pahala yang banyak di sisi Allah SWT, orang yang suka bersedekah akan diselamatkan daripada kepanasan di dalam kubur. Dia juga akan beroleh perlindungan Allah pada hari akhirat kelak.


Ada beberapa perkara yang perlu kita tahu berkenaan dengan bersedekah :


1. Barang yang hendak disedekahkan ada tersedia. Tidak tunggu diminta dahulu baru tercari-cari apa yang hendak diberikan sebagai sedekah. Termasuklah juga wang ringgit.


2. Tidak perlu diceritakan atau disebarkan kepada orang lain tentang sedekah kita itu. Cukuplah kita sendiri saja yang tahu.


3. Berusahalah memenuhi hajat orang yang meminta kerana boleh jadi pemberian/sedekah kita itu memang sangat diperlukan. Penuhi harapannya sekadar termampu.


4. Atau sekiranya tidak termampu juga, tolaklah dengan hormat dan berhikmah. Tunjukkan sebaik-baik akhlak agar tidak sampai mengecilkan hati orang lain.


5. Bersedekahlah dengan kerelaan hati. Bukan kerana terpaksa atau kerana ada kepentingan yang lain. Kita mahukan pahala dan keredhaan Allah, bukan selainnya.


6. Jangan terlalu berkira-kira hendak bersedekah. Ditakuti nanti Allah SWT akan berkira-kira pula dengan kita. Alangkah sempit hidup....!













PROSES PEMBENTUKAN GIGI

Pembentukan gigi kanak-kanak bermula sebelum lahir lagi. Seawal empat bulan, gigi susu akan tumbuh. Biasanya kesemua 20 batang gigi susu ini akan tumbuh pada umur tiga tahun, sungguhpun perkembangan dan susunannya berbeza. Gigi kekal pula mula tumbuh sekitar umur enam tahun. Proses ini akan berterusan sehingga seseorang itu berusia lebih kurang 21 tahun.






















































APA ITU PUTING BELIUNG?



Puting beliung ialah bencana alam yang digeruni. Angin puting beliung berputar sangat pantas, justeru itu sangat berbahaya kepada manusia dan menyebabkan kemusnahan yang besar.
Secara amnya, kelajuan angin puting beliung ialah 175km/j atau kurang. Lebarnya kira-kira 250 kaki (75 meter), dan bergerak beberapa kilimeter sebelum 'lenyap'. Sesetengah angin puting beliung sangat laju. Kelajuannya boleh mencapai 480 km/j, dengan lebar lebih daripada (1.6km), dan boleh bergerak melebihi 100 kilometer.
Puting beliung dikategorikan mengikut Skala Fujita, dari tahap F0 sehingga tahapF5. Tahap F0 merupakan angin puting beliung paling rendah kelajuannya, manakala F5 merupakan angin puting beliung yang paling ganas dan sangat laju.
Angin puting beliung yang sangat kuat dan ganas mampu mengangkat benda-benda berat dan besar seperti gerabak kereta api dan lori besar. Inilah yang menyebabkan puting beliung sangat bahaya kerana benda-benda tersebut akan jatuh dan menghempap tidak mengira tempat.
Puting beliung amat sukar diramal dan ianya hanya dapat diramalkan apabila titik tekanan rendah di dalam awan kumulonnimbus dikesan oleh radar Doppler.
sumber: Majalah Asuh.Bil.131. Jun 2008

KENAPA LANGIT BERWARNA BIRU?



Adakah mungkin kerana pantulan laut yang berwarna biru menjadikan ia kelihatan begitu?
Tidak, sebenarnya langit memang kelihatan biru. Bukan disebabkan pantulan cahaya laut. Kalau perhatikan keadaan di langit, secara keseluruhannya ia tidak berwarna biru kerana langit ditutupi oleh awan putih dan kelabu.
Birunya langit kerana debu yang bertebaran di udara. Saat cahaya matahari memasuki atmosfera bumi, cahaya akan melalui debu-debu tersebut. Dalam keadaan ini, debu akan bertindak sebagai penapis dan hanya membenarkan sinaran cahaya biru naik ke atas langit.
Apabila udara tercemar dengan terlalu banyak debu yang memudaratkan, maka lebih banyak sinaran cahaya yang ditapis. Oleh itu, langit tidak lagi kelihatan biru.
Jadi, percayakah bahawa sesungguhnya warna biru pada langit itu hanyalah satu ilusi? Aha, itulah keajaiban langit!
- sumber :majalah Asuh Bil.131.Jun 2008