Monday, November 23, 2009

APA ITU PUTING BELIUNG?

Posted on 6:42 PM by sidang redaksi



Puting beliung ialah bencana alam yang digeruni. Angin puting beliung berputar sangat pantas, justeru itu sangat berbahaya kepada manusia dan menyebabkan kemusnahan yang besar.
Secara amnya, kelajuan angin puting beliung ialah 175km/j atau kurang. Lebarnya kira-kira 250 kaki (75 meter), dan bergerak beberapa kilimeter sebelum 'lenyap'. Sesetengah angin puting beliung sangat laju. Kelajuannya boleh mencapai 480 km/j, dengan lebar lebih daripada (1.6km), dan boleh bergerak melebihi 100 kilometer.
Puting beliung dikategorikan mengikut Skala Fujita, dari tahap F0 sehingga tahapF5. Tahap F0 merupakan angin puting beliung paling rendah kelajuannya, manakala F5 merupakan angin puting beliung yang paling ganas dan sangat laju.
Angin puting beliung yang sangat kuat dan ganas mampu mengangkat benda-benda berat dan besar seperti gerabak kereta api dan lori besar. Inilah yang menyebabkan puting beliung sangat bahaya kerana benda-benda tersebut akan jatuh dan menghempap tidak mengira tempat.
Puting beliung amat sukar diramal dan ianya hanya dapat diramalkan apabila titik tekanan rendah di dalam awan kumulonnimbus dikesan oleh radar Doppler.
sumber: Majalah Asuh.Bil.131. Jun 2008

No Response to "APA ITU PUTING BELIUNG?"

Leave A Reply