Monday, November 23, 2009

RAJIN-RAJINLAH BERSEDEKAH

Posted on 9:44 PM by sidang redaksi



Besar kelebihan orang yang suka bersedekah. Bukan saja mendapat ganjaran pahala yang banyak di sisi Allah SWT, orang yang suka bersedekah akan diselamatkan daripada kepanasan di dalam kubur. Dia juga akan beroleh perlindungan Allah pada hari akhirat kelak.


Ada beberapa perkara yang perlu kita tahu berkenaan dengan bersedekah :


1. Barang yang hendak disedekahkan ada tersedia. Tidak tunggu diminta dahulu baru tercari-cari apa yang hendak diberikan sebagai sedekah. Termasuklah juga wang ringgit.


2. Tidak perlu diceritakan atau disebarkan kepada orang lain tentang sedekah kita itu. Cukuplah kita sendiri saja yang tahu.


3. Berusahalah memenuhi hajat orang yang meminta kerana boleh jadi pemberian/sedekah kita itu memang sangat diperlukan. Penuhi harapannya sekadar termampu.


4. Atau sekiranya tidak termampu juga, tolaklah dengan hormat dan berhikmah. Tunjukkan sebaik-baik akhlak agar tidak sampai mengecilkan hati orang lain.


5. Bersedekahlah dengan kerelaan hati. Bukan kerana terpaksa atau kerana ada kepentingan yang lain. Kita mahukan pahala dan keredhaan Allah, bukan selainnya.


6. Jangan terlalu berkira-kira hendak bersedekah. Ditakuti nanti Allah SWT akan berkira-kira pula dengan kita. Alangkah sempit hidup....!













No Response to "RAJIN-RAJINLAH BERSEDEKAH"

Leave A Reply